Aperture Priority Mode

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekali lagi diingatkan bahawa blog ini ditulis oleh amatur, jadi ilmu yang dikongsikan adalah sebagai perkongsian ilmu di peringkat permulaan dalam bidang fotografi.

Kali ini saya akan bercerita mengenai "Aperture Priority". Aperture Priority adalah salah satu dial mode yang terdapat pada kamera DSLR anda selain Program Mode, Shutter Speed Mode dan juga Manual Mode. Aperture Priority biasanya ditanda dengan "A" untuk kamera jenis Nikon manakala "Av" untuk kamera jenis Canon.

contoh dial mode Nikon

contoh dial mode Canon

Mode ini membenarkan anda mengawal depth of field (DOF) pada setiap foto yang ditangkap. Secara mudahnya, DOF merupakan jarak fokus antara subjek dan background. Dalam fotografi, Aperture dikenali dengan F-Stop. Terdapat beberapa F-Stop iaitu f/1, f/1.4, f/1.8, f/2.8, f/5.6, f/8, f/11 sehingga lah f/22 bergantung kepada jenis lensa yang ada gunakan.
contoh bukaan f-stop yang berlainan "semakin kecil nilai f-stop semakin besar bukaan untuk membenarkan cahaya masuk"

F-stop f/1-f/5.6 digunakan untuk memberi kesan lebih fokus kepada subjek dan akan menyebabkan background menjadi out of fokus atau kabur. Sesuai digunakan untuk mengambil gambar subjek yang kecil dan juga gambar portret. Ia juga sesuai digunakan untuk keadaan cahaya yang kurang,  dalam dewan atau bilik misalnya. Bagi f/6 dan ke atas, ianya sesuai untuk mengambil gambar permandangan mahu pun portret secara berkumpulan yang mana ia akan memberi kesan pada keseluruhan subjek dalam gambar supaya lebih fokus.

Sebagai contoh, gambar-gambar di bawah diambil dengan menggunakan berlainan F-Stop, ISO ditetapkan 800, lensa 50mm, dan menggunakan Nikon D3200.

f/1.8

f/2.8

f/3.5

f/4.5

f/5.6

f/8

f/11

f/16

Jika anda perhatikan pada  gambar-gambar di atas, semakin besar nilai f-stop semakin jelas dan fokus background  berbanding dengan gambar yang diambil menggunakan f/1.8, hanya subjek yang difokus. Jadi saya rasa anda boleh membuat kesimpulannya sendiri dan memilih f-stop yang sesuai untuk DSLR  anda apabila menggunakan mode aperture priority ini.

Mahu diingatkan, penggunaan nilai f-stop yang tinggi akan menyebabkan DSLR anda kurang menerima cahaya seterusnya memilih shutter speed yang perlahan untuk mengimbangi cahaya dan kualiti gambar anda. Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan gambar yang diambil menjadi kabur. Oleh itu, kesesuaian menggunakan f-stop harus juga diteliti dengan jumlah cahaya dalam sesuatu dewan atau bilik. Penggunaan flash dan speed light adalah disarankan dalam situasi ini.

Sekian.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment