Menghitung Hari Detik Demi Detik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

wah tajuk entri kali ini dah macam lirik lagu pulak kan?...bukan apa, tengah semangat kemas-kemas barang nak balik kampung sempena cuti raya cina nanti. Harap-harap cuti diluluskan(macam la kena mintak)... Semangat untuk balik kampung makin membuak-buak, bukan sebab nak raya ke apa, tapi sebab nak panjat Gunung Stong. Baju limited edition pun dah siap, nanti boleh pakai masa pendakian..hahaha macam best pulak.


Bagus untuk bersedia awal sebenarnya, double-check barang-barang keperluan semasa pendakian nanti supaya takde yang tertinggal kan.Semasa mengemas barang-barang tu boleh la kita semak barangan-barangan penting yang kita nak bawa bersama nanti.

Kamera
Perkara paling penting bagi aku semasa pendakian nanti adalah KAMERA!!! iya kemera, bukan kasut, sebab pakai selipar pun boleh mendaki. Kamera merupakan benda yang paling penting bagi merakam saat-saat indah dan segala keindahan flora dan fauna di sana nanti. kamera tidak semestinya berjenama, cukup sekadar yang mampu merakamkan sebanyak gambar yang boleh. Penggunaan kamera handphone tidak digalakkan, bukan apa takut cepat habis bateri kan, mana tahu nanti nak guna handphone tu jika berlaku kecemasan.

Power Bank
Jika nak guna jugak handphone korang sebagai main kamera, aku cadangkan bawak sekali power bank. kalo boleh yang jenis tahan lama dan boleh caj 2-3 kali. Pelbagai jenis power bank yang terdapat di pasaran di luar sana. Macam-macam jenama ada, macsonic, yaboo, samsung dan banyak lagi. Boleh pilih mana-mana jenama yang difikirkan sesuai dengan korang.

Handphone
Tidak dinafikan, benda alah ini pun penting jugak. Tetaoi sekiranya boleh, semasa pendakian biar la ia dalam keadaan silent-mode. Bukan apa, jangan biarkan teknologi ini mengganggu konsentrasi korang menikmati keindahan alam ciptaan Allah. 

Sleeping Bag
Ini merupakan pilihan, bergantung kepada tempat yang korang nak pergi tu, jika tempat sejuk, aku sarankan bawa benda ni. Boleh juga digantikan dengan sweater mahu pun kain pelikat. Tujuannya tak nak bagi korang sejuk.

Itu antara serba sedikit mengenai barangan yang PATUT korang bawa semasa menyertai aktiviti perkhemahan. Antara lain boleh rujuk senarai di bawah ni.

  1. Khemah - Khemah jenis Dome adalah yang paling praktikal. Senang di bawa dan di selenggara.
  2. Beg Galas - sudah semestinya untuk menyumbat semua perkakasan anda. Pilih yang sesuai.
  3. Dapur - terdapat pelbagai jenis dapur yang sesuai utk camping.
  4. Pelita - Jenis minyak atau gas
  5. Mass tin/periuk kecil , pinggan, sudu dan garpu
  6. Botol air / cawan / bekas minum
  7. Pisau - digalakkan membawa pisau pelbagai guna yang all in 1 tu. Tapi make sure semuanya berfungsi.
  8. Lampu Picit - jangan lupa bawa bateri dan mentol tambahan.
  9. Mancis dan lilin (lighter pun boleh)
  10. First Aid Kit - atleast yang paling basic pun ok.
  11. Tali
  12. Baju hujan / Ponco
  13. Parang - saiz kecil atau sederhana. Tak payah lah bawa yang sebesar alam tu.. Hehe
  14. Bekas air tambahan
  15. Selimut / Sleeping Bag

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Tak Lari Gunung dikejar!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"tak lari gunung dikejar" satu ungkapan yang sering kita dengar bila bercakap mengenai pasangan kekasih (iya ke?)..arghh bukan gunung itu yang aku nak bicarakan di sini, ini betul-betul mengenai gunung...mat saleh cakap "mountain"..

Kenapa aku tiba-tiba bercakap pasal gunung?

Mungkin sebab kepuasan, adrenalin dan cabaran. Boleh dikatakan aku masih zero lagi dalam hal-hal gunung ni, puncak paling tinggi penah sampai pun Broga Hill..itu masih BUKIT bukan gunung. Pada tahun 2012 (kalau tak silap) pernah terdetik dalam hati ni nak panjat Gunung Kinabalu tapi apakan daya takda geng yang nak join. Sekarang ni, sebagai stamina dan merealisasikan #project365 aku, aku mula berjinak-jinak untuk melakukan segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan hutan, air terjun dan GUNUNG.

Misi pertama aku ialah tawan puncak Gunung Stong yang berketinggian 4,664 meter. Setakat mendengar cerita orang mengenai keindahan dan fenomena kabus pagi di puncak Gunung Stong tidak memberi apa-apa makna jika tidak merasai sendiri. Kabus? tebal mana kabus tu? Cantik? Cantik sangat ke? itu la yang buat aku lebih semangat untuk tawan puncak Gunung Stong.

Design baju yang aku buat untuk dipakai semasa pendakian nanti. InsyAllah, jika misi Gunung Stong ini berjaya, aku akan teruskan dengan misi-misi (bukan misi jururawat tapi missions) untuk menawan beberapa puncak gunung lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia ini

Percaya atau tidak, terdapat kira-kira 98 buah puncak gunung yang terdapat di Malaysia. Ada di antara gunung-gunung ini dibuka kepada umum untuk tujuan pendakian. Misi aku bukan la untuk tawan semua, cukup la sekadar beberapa buah gunung je sebagai persedian untuk menawan puncak Kinabalu. InsyAllah!!!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Misi Johannesteijsmannia Altifrons

Assalamualaikum semua,

dah lama rasanya tak menulis kat blog ni dan beberapa blog yang lain. Biasa la kekangan masa dan capaian internet memaksa aku untuk tidak menulis setelah sekian lama. Namum kali ini aku ingin menceritakan satu misi yang aku telah jalankan pada awal tahun 2014 yang lalu. Ok, cerita bermula begini.....


Misi ni bukan la sesuatu yang luar biasa sangat pun, cuma aku je rasa terlebih excited dan teruja (bukan sama ke??) pasal sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai "daun Kol" dikalangan penduduk setempat. Ia bukan la nama saintifik, aku ada cuba buat rujukan namum ternyata usaha itu gagal bila en Google Image menemukan aku dengan gambar kobis bila nama "daun kol" ditaip. Bukan saja kol aku cuba,macam-macam lagi antaranya kon, kool eh bnyak lagi la. 

ok stop jap..sedang aku menaip ni, tiba-tiba gatal lak tangan ni intuk cuba sekali lagi mencari nama saintifik bagi tumbuh berdaun lebar ini. Kali ni aku mencuba dengan kata carian "daun terbesar di hutan Malaysia" yang membawa aku kepada satu artikel yang aku rasa cukup ilmiah iaitu http://samzha.blogspot.com/2010/02/daun-terbesar-di-hutan-malaysia.html kepunyaan saudara Azizul Karamdin. Beliau menulis mengenai 20 spesies endemik yang hanya terdapat di hutan di Malaysia ini.


Apa yang nak aku cerita di sini adalah mengenai misi aku untuk melihat sendiri keunikan dan saiz sebenar daun yang sering menjadi bualan pemburu-pemburu serta mereka yang selalu masuk ke hutan. Daun yang dikatakan mempunyai saiz seperti daun pintu rumah itu mampu menjadi peneduh bagi mereka yang ingin bermalam di hutan.
Perjalanan aku ke Hutan Simpan Ulu Sat mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke tempat di mana terdapat banyak spesis tumbuhan daun kol atau nama saintifiknya Johannesteijsmannia altifrons (berbelit lidah nak menyebutnya). Aku bersama abang dan adik ipar aku serta dua rakan yang lain memulakan perjalanan kira-kira pukul 12 tengahari (agak lewat sebenarnya). Perjalanan meredah hutan tebal yang penuh dengan hidupan liar serta terpaksa mendaki beberapa buah bukit yang agak mencabar stamina aku yang sememangnya mudah tercabar.




Segala penat lelah itu akhirnya berbaloi apabila sampai di satu anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Serdang, tempat di mana terdapat banyak spesis daun kol ini. Selain untuk melihat spesis daun ini, aku juga sempat memancing ikan keli untuk dijadikan makan malam. 


Misi untuk menemukan spesis daun terbesar telah berjaya. Sekarang ada misi baru yang perlu aku bagi tumpuan iaitu MISI TAWAN GUNUNG STONG.

Di bawah ni aku letak gambar-gambar daun Johannesteijsmannia altifrons yang sempat aku snap. Kalau korang semua nak gambar yang jelas boleh la google dengan menaip "Johannesteijsmannia altifrons"

"Mission Accomplished"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0