Baik Buruk Shoping Malam Raya dari Sudut Seorang Peniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

entri kali ni mungkin tiada kaitan langsung dengan fotografi, saya cuma ingin berkongsi pandangan dan tips-tips untuk anda yang suka shoping last minit dari sudut pandangan seorang peniaga.

ok, mesti yang ramai shoping last minit kan, ada yang berpendapat shoping last minit seperti malam raya dapat jimat kerana harga jauh lebih murah. Memang tidak dinafikan harga adalah jauh lebih murah berbanding pada awal-awal Ramadhan dahulu, yela peniaga dah dapat keuntungan, so kami letak la harga yang lebih murah, nak habiskan stok cepat..hehe.. namum ada beberapa perkara yang anda  harus ingat dan tahu mengenai shoping last minit ni.

1. Takde Saiz ngam dengan anda
kecewa tak bila baju yang korang berkenan sangat-sangat tapi bila nak beli je, kami cakap "ala sory la dik, saiz dah xde la, yang tinggal saiz XXXL je, ni pun last stok"  kompom sedih dan kecewa kan, tak kan nak beli jugak kan..mau boleh buat langsir nanti.

2. Design kuno dan corak hampeh
dalam kes ni lak, saiz mmg ada, dari saiz SS sampai la besar boleh buat langsir tak pun alas meja tadi tapi kali design lak korang tak berkenan, yela orang dah pilih awal-awal kan, yang tinggal sume corak-corak sarung bantal, corak kain langsir, ahh memang sume tak kena la.. tapi kami peniaga tetap akan cakap " yang ni sesuai ngn akak, cantik, kena la ngn muka akak yang cantik tu"  hmm nampak tak permainan di situ.




3.color tak matching 
raya ni mesti la nak sedondon kan, satu family nak pakai warna yang sama, tapi korang akan kecewa bila tengok pakain yang ada tu, color dia macam-macam, merah biru hijau kuning...stok yang ada cuma sehelai je so terpaksa la korang satu family beraya ngn pakai 1Malaysia..warna-warni lagi meriah kan..hehehe

ok malas la nak cerita panjang2 lagi pasal ni, secara kesimpulannya la, saya nk cakap shoping last minit ni TAK BANYAK PILIHAN, yela nama lagi last minit kan. itu tak kena, ini tak sesuai, macam2 hal la boleh dikatakan.selesai sudah cerita mengenai keburukkan shoping last minit, now nak share tip2 lak pulak, ada beberapa tricks yang korang perlu tahu bila berurusan dengan peniaga ni, lebih2 lagi yang macam saya ni..hehehe (gelak jahat)

1.tawar menawar
jangan sesekali terima harga yg diletakkan oleh peniaga, tp ni utk kes kat pasar malam or bazar je la..jangan korang mimpi nak tawar menawar kat tesco or aeon ke ape. biasanya peniaga akan letak harga tinggi sedikit berbanding dengan harga yang nk dijual..contohnya, harga display RM75, so kami nak jual RM70...ok jangan trima bulat2 harga tu,,cuba la amalkan sikap ringan mulut untuk tawar menawar, tawar menawar ni digalakkan dalam perniagaan, boleh mengeratkan silaturahim antara pembeli dan peniaga...nak tawar menawar tu kena la senyum ok..baru la cair peniaga tu.

2.survey harga antara kedai
bukan bermaksud semua kedai yang korang kena survey, cuba la usha2 harga dulu, jangan masuk terus beli je, ni akan beri kelebihan kpd peniaga untuk menjual dengan harga yang lebih mahal.Tapi saya nak ingtkan di sini, JANGAN  sesekali gunakan ayat "bang, kedai sana boleh bagi murah lagi" trick ni mmg xberkesan untuk kami peniaga-peniaga tegar ni, kalo dah kedai sana tu boleh bagi murah, kenapa tak beli je kat sana. bila survey harga tu, buat analis, julat harga antara kedai, dapatkan average harga, tapi jgn lak nak buat analisis smpai berjam-jam..buat la keputusan yang bijak. pilihan di tangan anda.


3.periksa kualiti barangan
almaklum la kan..orang tu pegang, yang ni try, macam-macam la, so mungkin kualiti barang tu akan sedikit terjejas, periksa betul2, if ada kerosakkan(kecil) yang boleh dibaiki, atau kotoran yang boleh dibasuh, bagitau je kat peniaga tu, silap2 dapat harga murah, entah dapat free je. penting untuk periksa kualiti barangan tu. yela, pagi-pagi raya, dah elok2 pakai, tengok ada terkoyak...mahu terbakar jantung korang kan.




ok itu je la sedikit info utk korang yang nak shoping last minit ni, ada baik dan buruknya, pandai2 la korang buat keputusan sendiri nnt, pesan seorang peniaga untuk pelanggan "jangan ditipu nafsu, jangan diperdaya peniaga".


Selamat Menyambut Aidilfitri 1434 Hijrah
Maaf Zahir & Batin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Aku Jatuh Cinta!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ok, entry kali ni agak berbeza kerana saya akan membahasakan diri "aku" sebab tajuk pun pasal CINTA kan..so penggunaan aku lebih sesuai dan lebih jiwang...



hmm terkejut tak bila aku cakap aku jatuh cinta??hehe mesti terkejut kan..ehh tak??kenapa??sebab aku tak hensem eh? ok fine..tapi korang nak tau tak camne aku boleh jatuh cinta???ok kisahnya bermula apabila aku mula mengenali si dia...........wei rilek la..ni bukan novel ok...kisah cinta ni takde romantiknya pun..

sebenarnya aku nak cerita kisah cinta aku dengan dunia fotografi ni la...hehehe..ala jgn la close..teruskan je la baca sebab kisah cinta ni mcm drama kat tv tau..minat mengambil gambar ni bermula sejak aku mula-mula masuk u lagi..tapi masa tu gajetnya terhad..guna kamera handphone je..3.2 megapixel (cukup bangga dah time tu). salah satu sebab aku suka sangat fotografi ni adalah kerana.......(tidak melebihi 15 patah perkataan). gambar tu boleh menjadi kenagan..yela kalo simpan dalam otak..nnt bila jumpa je "gambar" lain.."gambar" yang lama dilupakan..jadi untuk kekalkan aku snap la..gambar menceritakan segala-galanya..perasaan tak kadang-kadang bila tengok je gambar-gambar lama..hah??tak perasan??ok fine..aku je la yang perasan(pasal gambar tu ok)..tengok je kita dah boleh bayangkan cerita disebalik gambar tu...ada juga gambar-gambar ini double meaning..boleh buat org salah paham..tapi tu lantak la kan...

tapi kan..sebelum aku jatuh cinta ngn fotografi ni, aku jatuh cinta ngn dunia download (pulak!!) zaman study dulu adalah zaman cinta monyet aku ngn dunia internet ni..download movie..tv series..lepas tu siap uplaod lagi..sumenya bermula gara-gara prison break..korang yang sebaya aku mesti tau kan tv series tu..ala yang watak hero dia nama Michael Scotfied tu...dia nak selamatkan abang dia Lincoln Burrows, and time dia masuk penjara jumpa lak awek nama Sara Tancredi..TITIK..cukup la story pasal tu..ni sume gara-gara roommate aku (mat) yang mula-mula ajar aku tengok kat pc dia. cinta download masih kekal sampai la ke hari ini.

ok cukup la cerita pasal cinta download tu...lepas je kenal dengan dunia download ni..aku mula jatuh cinta pulak ngn photoshop. kali ni pun penangan orang nama mat jgk (kawan aku from sabah bah). Dia tunjukkan aku gambar hasil editing dari photoshop, tapi time tu guna untuk kasi gambar nampak macam lukisan je..ala yang sketching mecthing tu..sebab time tu ilmu agak terhad..guna pun pc orang je nak edit..bila edit je hang..edit je hang..(maybe sbb gambar tak smart kot). so bermula kat situ la cinta aku ngn photoshop sehingga la sekarang ni..tapi sehingga sekarang ni kami masih dalam proses saling mengenali..mau tak nya..dari photoshop CS2 now dah CS6..extended lagi..siap ada lightroom dan camera RAW lagi.

begitu lah kisah cinta aku ngn dua dunia yang berbeza, download dan photoshop, namum aku tetap sayang dua-dua sampai la sekarang dan aku cuba cari persamaan yang berkaitan antara dua dunia ni. Akhirnya aku jumpa, yela kalo aku tak kenal download ni mcm mane aku nak download photoshop kan, begitu lah sebaliknya. 

Ok berbalik kepada cinta yang sekarang ni, cinta masa kini yang tengah sensasi ni cinta fotografi. kalau ikutkan aku memang dah lama memendam perasaaan terhadap fotografi ini, tapi awal tahun 2013 aku mula usha dari jauh je, tak berani masuk dekat dan mula kenal sedikit demi sedikit mengenainya, hampir 6 bulan aku hanya melihat dari jauh, akhirnya aku beranikan diri jugak meluahkannya..hehe aku dapatkan DSLR pertama aku melalui online. kira cinta online lak jugak ni kan..hehehe..tapi baru-baru kenal ni memang problem la sikit..sebab tak tau sangat isi hati kan (cara nak guna). namum aku tetap sabar dengan karenah dia, yela kata orang "tak kenal maka tak cinta" kan, kata aku lak "dah kenal mula lah nak mengada-ngada"

walau apa sekali pun, aku tetap terima seadanya cinta fotografi ni, akan aku mulakan lembaran yang baru untuk tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang. tu je la sedikit sebanyak kisah cinta aku yang aku dapat kongsikan dengan korang semua..aku tahu la kisah ni belum tahap novel lagi, filem ape lagi kalo drama pun tak lepas, btw terima kasih jgk la kepada yang sudi baca sampai abis kisah ni dengan ucapan I LOVE YOU........
kesayangan
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Aperture Priority Mode

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekali lagi diingatkan bahawa blog ini ditulis oleh amatur, jadi ilmu yang dikongsikan adalah sebagai perkongsian ilmu di peringkat permulaan dalam bidang fotografi.

Kali ini saya akan bercerita mengenai "Aperture Priority". Aperture Priority adalah salah satu dial mode yang terdapat pada kamera DSLR anda selain Program Mode, Shutter Speed Mode dan juga Manual Mode. Aperture Priority biasanya ditanda dengan "A" untuk kamera jenis Nikon manakala "Av" untuk kamera jenis Canon.

contoh dial mode Nikon

contoh dial mode Canon

Mode ini membenarkan anda mengawal depth of field (DOF) pada setiap foto yang ditangkap. Secara mudahnya, DOF merupakan jarak fokus antara subjek dan background. Dalam fotografi, Aperture dikenali dengan F-Stop. Terdapat beberapa F-Stop iaitu f/1, f/1.4, f/1.8, f/2.8, f/5.6, f/8, f/11 sehingga lah f/22 bergantung kepada jenis lensa yang ada gunakan.
contoh bukaan f-stop yang berlainan "semakin kecil nilai f-stop semakin besar bukaan untuk membenarkan cahaya masuk"

F-stop f/1-f/5.6 digunakan untuk memberi kesan lebih fokus kepada subjek dan akan menyebabkan background menjadi out of fokus atau kabur. Sesuai digunakan untuk mengambil gambar subjek yang kecil dan juga gambar portret. Ia juga sesuai digunakan untuk keadaan cahaya yang kurang,  dalam dewan atau bilik misalnya. Bagi f/6 dan ke atas, ianya sesuai untuk mengambil gambar permandangan mahu pun portret secara berkumpulan yang mana ia akan memberi kesan pada keseluruhan subjek dalam gambar supaya lebih fokus.

Sebagai contoh, gambar-gambar di bawah diambil dengan menggunakan berlainan F-Stop, ISO ditetapkan 800, lensa 50mm, dan menggunakan Nikon D3200.

f/1.8

f/2.8

f/3.5

f/4.5

f/5.6

f/8

f/11

f/16

Jika anda perhatikan pada  gambar-gambar di atas, semakin besar nilai f-stop semakin jelas dan fokus background  berbanding dengan gambar yang diambil menggunakan f/1.8, hanya subjek yang difokus. Jadi saya rasa anda boleh membuat kesimpulannya sendiri dan memilih f-stop yang sesuai untuk DSLR  anda apabila menggunakan mode aperture priority ini.

Mahu diingatkan, penggunaan nilai f-stop yang tinggi akan menyebabkan DSLR anda kurang menerima cahaya seterusnya memilih shutter speed yang perlahan untuk mengimbangi cahaya dan kualiti gambar anda. Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan gambar yang diambil menjadi kabur. Oleh itu, kesesuaian menggunakan f-stop harus juga diteliti dengan jumlah cahaya dalam sesuatu dewan atau bilik. Penggunaan flash dan speed light adalah disarankan dalam situasi ini.

Sekian.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Diari: Majlis Berbuka di Captain T

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Entri kali ini sekadar berkongsi hasil snap dan edit sepanjang majlis berbuka puasa yang bertempat di Restoran Captain T anjuran kawan-kawan saya. 

Meja ala VIP

Master Mind yang melancarkan majlis berbuka
 
from sabah to kelate pemilik blog Pelangi Petang.


Majlis yang dianjurkan sempena menunaikan hajat beliau untuk makan di Restoran Captain T ini.


Antara menu-menu atau makanan menjadi pilihan mereka:

Satay ayam

Sambal petai bersotong (pedas woo)

Tembikai aka timun cina
Buah Kiwi

Jus oren
Banyak lagi menu-menu lain yang menarik, kalau ingin merasai keenakkan dan keunikan makan di restoran berkonsepkan kapal, boleh la berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim. Restoran ini terletak di tepi Sungai Kelantan dan berdekatkan dengan Tesco. Nak tahu lebih detail, sila la google ok.


Bergambar selepas berbuka



Ada yang bertanya kenapa tiada langsung gambar saya; saya low profile dan sebab saya ini kan tukang snap.hehehe

Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Pilih DSLR yang sesuai untuk anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Untuk entry kali ini,saya akan memberi tips untuk memilih apabila anda ingin mendapatkan DSLR pertama anda. Ok sebelum saya pergi lebih jauh, DSLR ada singkatan daripada Digital Single Lens Reflex bukan Diari Seorang Lelaki Romeo.
Terdapat dua persoalan yang sering muncul apabila kita bercakap mengenai membeli DSLR yang pertama;

i) Nikon Vs Canon
Tidak dinafikan ini adalah persoalan pertama yang kita perlu selesaikan, saya juga mengalaminya apabila mahu membeli DSLR yang pertama saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan servey dan tanya mr. Google, dapatkan maklumat sebanyak mungkin, tapi akhirnya kecenderung untuk memilih nikon adalah lebih tinggi dari canon. Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti harga, aksesori, mesra pengguna dan lain-lain. Dari segi kualiti gambar, saya rasa tiada orang akan boleh teka jika diletakkan dua gambar yang diambil oleh dua jenama yang berbeza. Cuba perhatikan gambar dibawah, anda boleh teka yang mana satu nikon dan yang mana yang ditangkap menggunakan canon?

 
sumber gambar Mario dan Roses


Tentu sekali tidak bukan, untuk persoalan Nikon Vs Canon, apa yang penting adalah keselesaan anda menggunakan kedua-dua jenama ini, selain harga.

ii) Brand New Vs Second Hand
Persoalan yang kedua adalah beli yang baru atau pun yang 2nd hand? Ini juga berkait rapat dengan kemampuan anda dan keselesaan anda. Jika kemampuan kewangan anda adalah terhad, saya nasihatkan anda untuk membeli DSLR  terpakai. Banyak DSLR yang terpakai dan kualitinya masih baik di samping harga yang berpatutan. Namum anda harus berhati-hati,bukan apa adakalanya barangan yang hendak dijual tu sudah mengalami kerosakkan. Saya nasihatkan, cuba beli daripada rakan-rakan atau pun kenalan yang anda boleh percayai. Untuk memilih DSLR yang baru pula, anda harus servey harga di beberapa kedai yang berlainan dan pilih kedai yang menawarkan harga yang terendah dan servis yang terbaik.

Itu antara dua persoalan yang utama, namum harus diingat bahawa ada lagi pertimbangan-pertimbangkan lain yang harus anda buat sebelum membeli DSLR pertama anda.

Sebagai peringkat permulaan/ Entry Level, peruntukkan kewangan yang anda perlu belanjakan untuk sesebuah DSLR adalah di sekitar RM1,800-RM3,000. Untuk peringkat ini, jika anda peminat Canon anda boleh la melihat-lihat model Canon EOS 500D dan Canon EOS 550D, jika anda peminat Nikon seperti saya, model yang saya sarankan ialah Nikon D3000 dan Nikon D5000 termasuk la D3100,D3200 dan D5100 serta D5200.

Dah tahu DSLR mana yang sesuai untuk anda??jom dapatkan satu, boleh la kita bertukar-tukar cerita nanti. Selamat memilih, buat la pilihan yang tepat.

Sekian.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kenapa Diari Seorang Lelaki Romeo?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang dijanjikan sebelum ini, akhirnya wujud lah blog yang tidak seberapa ini sebagai medium perkongsian ilmu mengenai asas-asas dalam bidang fotografi serta penggunaan software-software yang terlibat secara langsung iaitu Photoshop, Lightroom dan Camera RAW. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri ini " Kenapa Diari Seorang Lelaki Romeo?". Ramai yang tertanya-tanya mengenainya, jadi saya akan jelaskan secara terperinci dalam entri pengenalan ini. Sebenarnya memang tiada kaitan langsung dengan kehidupan seharian, tetapi tajuk tu dipilih sebab DSLR Diari Seorang Lelaki Romeo. Oleh kerana mahu juga nama blog ini berkaitan dengan fotografi walau pada dasarnya nama tu tak berkait pun tapi dengan penerangan ringkas ini dapat lah anda semua faham kan kenapa saya memilih Diari Seorang Lelaki Romeo sebagai tajuk blog saya.

Dengan itu, sehingga bertemu lagi dalam entri-entri yang akan datang. InsyAllah, saya akan kongsikan idea-idea dan ilmu sebagai seorang beginner dalam bidang ini. So jom belajar sama-sama, Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments4