Aperture Priority Mode

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekali lagi diingatkan bahawa blog ini ditulis oleh amatur, jadi ilmu yang dikongsikan adalah sebagai perkongsian ilmu di peringkat permulaan dalam bidang fotografi.

Kali ini saya akan bercerita mengenai "Aperture Priority". Aperture Priority adalah salah satu dial mode yang terdapat pada kamera DSLR anda selain Program Mode, Shutter Speed Mode dan juga Manual Mode. Aperture Priority biasanya ditanda dengan "A" untuk kamera jenis Nikon manakala "Av" untuk kamera jenis Canon.

contoh dial mode Nikon

contoh dial mode Canon

Mode ini membenarkan anda mengawal depth of field (DOF) pada setiap foto yang ditangkap. Secara mudahnya, DOF merupakan jarak fokus antara subjek dan background. Dalam fotografi, Aperture dikenali dengan F-Stop. Terdapat beberapa F-Stop iaitu f/1, f/1.4, f/1.8, f/2.8, f/5.6, f/8, f/11 sehingga lah f/22 bergantung kepada jenis lensa yang ada gunakan.
contoh bukaan f-stop yang berlainan "semakin kecil nilai f-stop semakin besar bukaan untuk membenarkan cahaya masuk"

F-stop f/1-f/5.6 digunakan untuk memberi kesan lebih fokus kepada subjek dan akan menyebabkan background menjadi out of fokus atau kabur. Sesuai digunakan untuk mengambil gambar subjek yang kecil dan juga gambar portret. Ia juga sesuai digunakan untuk keadaan cahaya yang kurang,  dalam dewan atau bilik misalnya. Bagi f/6 dan ke atas, ianya sesuai untuk mengambil gambar permandangan mahu pun portret secara berkumpulan yang mana ia akan memberi kesan pada keseluruhan subjek dalam gambar supaya lebih fokus.

Sebagai contoh, gambar-gambar di bawah diambil dengan menggunakan berlainan F-Stop, ISO ditetapkan 800, lensa 50mm, dan menggunakan Nikon D3200.

f/1.8

f/2.8

f/3.5

f/4.5

f/5.6

f/8

f/11

f/16

Jika anda perhatikan pada  gambar-gambar di atas, semakin besar nilai f-stop semakin jelas dan fokus background  berbanding dengan gambar yang diambil menggunakan f/1.8, hanya subjek yang difokus. Jadi saya rasa anda boleh membuat kesimpulannya sendiri dan memilih f-stop yang sesuai untuk DSLR  anda apabila menggunakan mode aperture priority ini.

Mahu diingatkan, penggunaan nilai f-stop yang tinggi akan menyebabkan DSLR anda kurang menerima cahaya seterusnya memilih shutter speed yang perlahan untuk mengimbangi cahaya dan kualiti gambar anda. Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan gambar yang diambil menjadi kabur. Oleh itu, kesesuaian menggunakan f-stop harus juga diteliti dengan jumlah cahaya dalam sesuatu dewan atau bilik. Penggunaan flash dan speed light adalah disarankan dalam situasi ini.

Sekian.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Diari: Majlis Berbuka di Captain T

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Entri kali ini sekadar berkongsi hasil snap dan edit sepanjang majlis berbuka puasa yang bertempat di Restoran Captain T anjuran kawan-kawan saya. 

Meja ala VIP

Master Mind yang melancarkan majlis berbuka
 
from sabah to kelate pemilik blog Pelangi Petang.


Majlis yang dianjurkan sempena menunaikan hajat beliau untuk makan di Restoran Captain T ini.


Antara menu-menu atau makanan menjadi pilihan mereka:

Satay ayam

Sambal petai bersotong (pedas woo)

Tembikai aka timun cina
Buah Kiwi

Jus oren
Banyak lagi menu-menu lain yang menarik, kalau ingin merasai keenakkan dan keunikan makan di restoran berkonsepkan kapal, boleh la berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim. Restoran ini terletak di tepi Sungai Kelantan dan berdekatkan dengan Tesco. Nak tahu lebih detail, sila la google ok.


Bergambar selepas berbuka



Ada yang bertanya kenapa tiada langsung gambar saya; saya low profile dan sebab saya ini kan tukang snap.hehehe

Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Pilih DSLR yang sesuai untuk anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Untuk entry kali ini,saya akan memberi tips untuk memilih apabila anda ingin mendapatkan DSLR pertama anda. Ok sebelum saya pergi lebih jauh, DSLR ada singkatan daripada Digital Single Lens Reflex bukan Diari Seorang Lelaki Romeo.
Terdapat dua persoalan yang sering muncul apabila kita bercakap mengenai membeli DSLR yang pertama;

i) Nikon Vs Canon
Tidak dinafikan ini adalah persoalan pertama yang kita perlu selesaikan, saya juga mengalaminya apabila mahu membeli DSLR yang pertama saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan servey dan tanya mr. Google, dapatkan maklumat sebanyak mungkin, tapi akhirnya kecenderung untuk memilih nikon adalah lebih tinggi dari canon. Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti harga, aksesori, mesra pengguna dan lain-lain. Dari segi kualiti gambar, saya rasa tiada orang akan boleh teka jika diletakkan dua gambar yang diambil oleh dua jenama yang berbeza. Cuba perhatikan gambar dibawah, anda boleh teka yang mana satu nikon dan yang mana yang ditangkap menggunakan canon?

 
sumber gambar Mario dan Roses


Tentu sekali tidak bukan, untuk persoalan Nikon Vs Canon, apa yang penting adalah keselesaan anda menggunakan kedua-dua jenama ini, selain harga.

ii) Brand New Vs Second Hand
Persoalan yang kedua adalah beli yang baru atau pun yang 2nd hand? Ini juga berkait rapat dengan kemampuan anda dan keselesaan anda. Jika kemampuan kewangan anda adalah terhad, saya nasihatkan anda untuk membeli DSLR  terpakai. Banyak DSLR yang terpakai dan kualitinya masih baik di samping harga yang berpatutan. Namum anda harus berhati-hati,bukan apa adakalanya barangan yang hendak dijual tu sudah mengalami kerosakkan. Saya nasihatkan, cuba beli daripada rakan-rakan atau pun kenalan yang anda boleh percayai. Untuk memilih DSLR yang baru pula, anda harus servey harga di beberapa kedai yang berlainan dan pilih kedai yang menawarkan harga yang terendah dan servis yang terbaik.

Itu antara dua persoalan yang utama, namum harus diingat bahawa ada lagi pertimbangan-pertimbangkan lain yang harus anda buat sebelum membeli DSLR pertama anda.

Sebagai peringkat permulaan/ Entry Level, peruntukkan kewangan yang anda perlu belanjakan untuk sesebuah DSLR adalah di sekitar RM1,800-RM3,000. Untuk peringkat ini, jika anda peminat Canon anda boleh la melihat-lihat model Canon EOS 500D dan Canon EOS 550D, jika anda peminat Nikon seperti saya, model yang saya sarankan ialah Nikon D3000 dan Nikon D5000 termasuk la D3100,D3200 dan D5100 serta D5200.

Dah tahu DSLR mana yang sesuai untuk anda??jom dapatkan satu, boleh la kita bertukar-tukar cerita nanti. Selamat memilih, buat la pilihan yang tepat.

Sekian.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kenapa Diari Seorang Lelaki Romeo?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang dijanjikan sebelum ini, akhirnya wujud lah blog yang tidak seberapa ini sebagai medium perkongsian ilmu mengenai asas-asas dalam bidang fotografi serta penggunaan software-software yang terlibat secara langsung iaitu Photoshop, Lightroom dan Camera RAW. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri ini " Kenapa Diari Seorang Lelaki Romeo?". Ramai yang tertanya-tanya mengenainya, jadi saya akan jelaskan secara terperinci dalam entri pengenalan ini. Sebenarnya memang tiada kaitan langsung dengan kehidupan seharian, tetapi tajuk tu dipilih sebab DSLR Diari Seorang Lelaki Romeo. Oleh kerana mahu juga nama blog ini berkaitan dengan fotografi walau pada dasarnya nama tu tak berkait pun tapi dengan penerangan ringkas ini dapat lah anda semua faham kan kenapa saya memilih Diari Seorang Lelaki Romeo sebagai tajuk blog saya.

Dengan itu, sehingga bertemu lagi dalam entri-entri yang akan datang. InsyAllah, saya akan kongsikan idea-idea dan ilmu sebagai seorang beginner dalam bidang ini. So jom belajar sama-sama, Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments4