Pilih DSLR yang sesuai untuk anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Untuk entry kali ini,saya akan memberi tips untuk memilih apabila anda ingin mendapatkan DSLR pertama anda. Ok sebelum saya pergi lebih jauh, DSLR ada singkatan daripada Digital Single Lens Reflex bukan Diari Seorang Lelaki Romeo.
Terdapat dua persoalan yang sering muncul apabila kita bercakap mengenai membeli DSLR yang pertama;

i) Nikon Vs Canon
Tidak dinafikan ini adalah persoalan pertama yang kita perlu selesaikan, saya juga mengalaminya apabila mahu membeli DSLR yang pertama saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan servey dan tanya mr. Google, dapatkan maklumat sebanyak mungkin, tapi akhirnya kecenderung untuk memilih nikon adalah lebih tinggi dari canon. Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti harga, aksesori, mesra pengguna dan lain-lain. Dari segi kualiti gambar, saya rasa tiada orang akan boleh teka jika diletakkan dua gambar yang diambil oleh dua jenama yang berbeza. Cuba perhatikan gambar dibawah, anda boleh teka yang mana satu nikon dan yang mana yang ditangkap menggunakan canon?

 
sumber gambar Mario dan Roses


Tentu sekali tidak bukan, untuk persoalan Nikon Vs Canon, apa yang penting adalah keselesaan anda menggunakan kedua-dua jenama ini, selain harga.

ii) Brand New Vs Second Hand
Persoalan yang kedua adalah beli yang baru atau pun yang 2nd hand? Ini juga berkait rapat dengan kemampuan anda dan keselesaan anda. Jika kemampuan kewangan anda adalah terhad, saya nasihatkan anda untuk membeli DSLR  terpakai. Banyak DSLR yang terpakai dan kualitinya masih baik di samping harga yang berpatutan. Namum anda harus berhati-hati,bukan apa adakalanya barangan yang hendak dijual tu sudah mengalami kerosakkan. Saya nasihatkan, cuba beli daripada rakan-rakan atau pun kenalan yang anda boleh percayai. Untuk memilih DSLR yang baru pula, anda harus servey harga di beberapa kedai yang berlainan dan pilih kedai yang menawarkan harga yang terendah dan servis yang terbaik.

Itu antara dua persoalan yang utama, namum harus diingat bahawa ada lagi pertimbangan-pertimbangkan lain yang harus anda buat sebelum membeli DSLR pertama anda.

Sebagai peringkat permulaan/ Entry Level, peruntukkan kewangan yang anda perlu belanjakan untuk sesebuah DSLR adalah di sekitar RM1,800-RM3,000. Untuk peringkat ini, jika anda peminat Canon anda boleh la melihat-lihat model Canon EOS 500D dan Canon EOS 550D, jika anda peminat Nikon seperti saya, model yang saya sarankan ialah Nikon D3000 dan Nikon D5000 termasuk la D3100,D3200 dan D5100 serta D5200.

Dah tahu DSLR mana yang sesuai untuk anda??jom dapatkan satu, boleh la kita bertukar-tukar cerita nanti. Selamat memilih, buat la pilihan yang tepat.

Sekian.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment