Menghitung Hari Detik Demi Detik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

wah tajuk entri kali ini dah macam lirik lagu pulak kan?...bukan apa, tengah semangat kemas-kemas barang nak balik kampung sempena cuti raya cina nanti. Harap-harap cuti diluluskan(macam la kena mintak)... Semangat untuk balik kampung makin membuak-buak, bukan sebab nak raya ke apa, tapi sebab nak panjat Gunung Stong. Baju limited edition pun dah siap, nanti boleh pakai masa pendakian..hahaha macam best pulak.


Bagus untuk bersedia awal sebenarnya, double-check barang-barang keperluan semasa pendakian nanti supaya takde yang tertinggal kan.Semasa mengemas barang-barang tu boleh la kita semak barangan-barangan penting yang kita nak bawa bersama nanti.

Kamera
Perkara paling penting bagi aku semasa pendakian nanti adalah KAMERA!!! iya kemera, bukan kasut, sebab pakai selipar pun boleh mendaki. Kamera merupakan benda yang paling penting bagi merakam saat-saat indah dan segala keindahan flora dan fauna di sana nanti. kamera tidak semestinya berjenama, cukup sekadar yang mampu merakamkan sebanyak gambar yang boleh. Penggunaan kamera handphone tidak digalakkan, bukan apa takut cepat habis bateri kan, mana tahu nanti nak guna handphone tu jika berlaku kecemasan.

Power Bank
Jika nak guna jugak handphone korang sebagai main kamera, aku cadangkan bawak sekali power bank. kalo boleh yang jenis tahan lama dan boleh caj 2-3 kali. Pelbagai jenis power bank yang terdapat di pasaran di luar sana. Macam-macam jenama ada, macsonic, yaboo, samsung dan banyak lagi. Boleh pilih mana-mana jenama yang difikirkan sesuai dengan korang.

Handphone
Tidak dinafikan, benda alah ini pun penting jugak. Tetaoi sekiranya boleh, semasa pendakian biar la ia dalam keadaan silent-mode. Bukan apa, jangan biarkan teknologi ini mengganggu konsentrasi korang menikmati keindahan alam ciptaan Allah. 

Sleeping Bag
Ini merupakan pilihan, bergantung kepada tempat yang korang nak pergi tu, jika tempat sejuk, aku sarankan bawa benda ni. Boleh juga digantikan dengan sweater mahu pun kain pelikat. Tujuannya tak nak bagi korang sejuk.

Itu antara serba sedikit mengenai barangan yang PATUT korang bawa semasa menyertai aktiviti perkhemahan. Antara lain boleh rujuk senarai di bawah ni.

  1. Khemah - Khemah jenis Dome adalah yang paling praktikal. Senang di bawa dan di selenggara.
  2. Beg Galas - sudah semestinya untuk menyumbat semua perkakasan anda. Pilih yang sesuai.
  3. Dapur - terdapat pelbagai jenis dapur yang sesuai utk camping.
  4. Pelita - Jenis minyak atau gas
  5. Mass tin/periuk kecil , pinggan, sudu dan garpu
  6. Botol air / cawan / bekas minum
  7. Pisau - digalakkan membawa pisau pelbagai guna yang all in 1 tu. Tapi make sure semuanya berfungsi.
  8. Lampu Picit - jangan lupa bawa bateri dan mentol tambahan.
  9. Mancis dan lilin (lighter pun boleh)
  10. First Aid Kit - atleast yang paling basic pun ok.
  11. Tali
  12. Baju hujan / Ponco
  13. Parang - saiz kecil atau sederhana. Tak payah lah bawa yang sebesar alam tu.. Hehe
  14. Bekas air tambahan
  15. Selimut / Sleeping Bag

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment